Langkau ke kandungan utama
Salam semua,ada sedikit perkara yang saya nak borak-borak kat sini....
mungkin sedikit sensitif bagi sesetengah orang,tapi sebenarnya normal....lumrah hidup.Sikap sesetengah orang kita 'warganegara melayu' terhadap orang kita juga,tapi tak semua orang macam ni.saya sendiri pun bukannya sempurna pun banyak salah silapnya.
Ramai orang cakap nak tengok anak bangsa melayu yang beragama islam maju dan berjaya dalam segala bidang....alangkah bagusnya begitu,tapi ada segelintir yang memperlecehkan juga,tak kira dalam apa bidang sekalipun.
Saya nak ambil satu contoh yang mudah,berkenaan kerja saya juga 'cat mengecat' .Selalu yang kita dengar,kalau nak buat cat bagus ko boleh pegi kedai ah seng..tak kisah lah,pilihan masing-masing bukan?.Sedangkan kedai orang kita yang boleh buat cat pun bersepah,kalau kedai mamat tak bagus cuba pergi kedai ali pula.Lagi satu tentang harga,kadang-kadang saya sendiri pun susah nak cakap macamana...aiyyoooo.
Seringkali kita membezakan kualiti kerja orang kita dengan bangsa lain...mudah cakap,kebanyakan orang akan cakap 'tak bagus la buat cat kat kedai mamat tu kedai ah seng lagi bagus.Mudah cakap,dari pengalaman saya dan rakan-rakan yang berkecimpung dalam bidang ni...Mentaliti sesetengah dari orang kita yang tak berubah lagi.
Ramai orang nak cat cantik,tahan lama,bersinar dan macam-macam lagi la,Tapi bila bengkel orang kita bagitau harga sekian-sekian..............iskhhhh mahal la tak boleh kurang lagi ke...jawapannya boleh....Rata-rata semua orang tahu harga cat kereta antara bengkel orang kita dan geng-geng ah seng tadi.
Andai orang kata:orang kita tak pandai,tak cantik buat kerja,saya kurang setuju! sebabnya dari pengalaman dan apa yang saya lihat selama ni tak macam tu.Orang kita pun BOLEH buat kerja seperti bangsa lain.Jika anda ke kedai ah seng pun cuba tengok siapa yang buat kerja.....tapi,siapa yang dapat nama? ah seng jugak....Dari pengalaman,Saya sendiri pernah bekerja dengan ah seng...pernah kerja kat workshop yang ada sistem oven.Pendapat saya,bukan sebab workshop tu ada oven semata-mata mak hasil kerja pun cantik....ini adalah kerja tangan,kemahiran,oven hanyalah pemudah kerja.Tak semua bilik 'oven' ada sistem pemanas,habis ? kat mana mereka keringkan kereta...bawa ke luar la jemur kat bawah matahari..bagusnya bilik oven ni,senang nak buat kerja,sistem lampu kemas,bilik tertutup dan selesa.Tapi jangan pula kita pandang sebelah mata workshop yang tak guna oven ni,mereka pun boleh juga buat kerja cantik seperti mereka yang ada sistem oven.(apa pun masing-masing ada pilihan)
Sebenarnya siapa pun andai di beri peluang insyaallah boleh,jangan sekali-kali terus pangkah orang kita dek kerana si mamat punya kerja,bagi lah peluang pada yang lain pulak,ramai lagi kan?
harga juga memainkan peranan dalam mendapatkan kualiti cat,sebabnya kalau bayar murah nak baik punya cantik macan baru keluar kilang....mana nak dapat.Fikir la logik sikit wahai saudara-saudara ku.Biar berpada-pada.Boleh di katakan dalam MALAYSIA pembekal cat majoritinya adalah geng-geng ah seng.Harga barang mereka yang tetapkan....
Semua orang berhak mendapat kualiti dengan apa yang di laburkan,segalanya boleh baik jika masing-masing boleh bertolak ansur dalam hidup.
Akhir kata,ampun dan maaf di pinta andai ada salah dan silap pada tulisan ini,segalanya sekadar pandangan sahaja,jika anda ada komen/ulasan boleh lah post ke blog.
Terima kasih daun keladi esok jumpa lagi....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anggaran harga/kos untuk pembaikan

*sila klik gambar untuk lebih jelas

Sekadar coretanAssalamualaikum semua,salam ceria dan sejahtera.....



Selalunya macam ni la,buat anda semua jika telefon untuk bertanyakan kos cat kereta bila saya cakap ini 'anggaran'....memang betul anggaran,bukan harga sebenar.Sebabnya:
Saya tak pasti keadaan sebenar kereta 'bos yang buat panggilan tadi' memang dia cakap kemek dan karat.Tapi saya hanya dapat bayangkan keadaan tu hanya dalam telefon..maklum la saya ni bukanya 'kasyaf' boleh nampak apa yang orang lain tak nampak...jadi saya pun hanya boleh agak-agak je la.Pada anda semua pelanggan yang budiman,jangan la salah faham atau ambil hati ataupun marah,mana la tau kan....
Kadang-kadang susah saya nak terangkan harga yang tepat dalam telefon.Lebih afdhal datang ke bengkel atau anda boleh hantar e-mel gambar keadaan kereta anda pada saya.Sekurang-kurangnya tak terjadi salah faham.
Ada kes yang saya angagarkan tinggi 'dalam telefon' tapi bila tuan empunya bawa ker…

Tukar bumbung proton wira

Assalamualaikum semua yang sedang melawat ke blog ini sekarang.
Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada EN.Muhd Noorazmi dari Pinggiran Gombak di atas kesudian beliau berkunjung ke bengkel kami.
Kali ini saya kongsikan bersama anda tentang proses menukar bumbung Proton Wira,seperti semua rakyat malaysia sedia maklum tentang perkara ini (bumbung kereta karat) . Dalam hal ini sebilangn kita yang menghadapi masaalah ini mengambil pelbagai cara untuk membaiki keadaan bumbung yang telah berkarat seperti ini...



Ok,bumbung baru sudah tersedia,cermin depan belakang pun dah siap di buka.



Ermmm...apa yang anda lihat sekarang adalah pandangan dari bawah bumbung ,boleh tahan karatnya,keadaan setelah bumbung di buka...nampak...?


Nah...ini lah keadaan sekeping bumbung yang telah tamat tempoh.Buang yang lama ganti yang baru.Pilihan yang berbaloi untuk jangka masa panjang,ntah lah jika anda masih berfikir nak 'baiki' jugak andai bumbung kereta anda sebegini ????


Baru syok masuk bumbung baru.


Ak…

kancil red+gold pearl

Assalamualaikum semua..mlm ni ada mood rajin skit nak godek2 keybod.. Entri kali ni memaparkan kerja-kerja mengecat semula sebuah kereta ..ya,perodua Kancil..terima kasih Bro Hamdi dari Ampang,    Kami bergerak ke Ampang untuk mengambil kancil ini,..jumpa depan Ampang point..selesai sesi penerangan oleh tuan kereta..dan saya.terus gerak semula ke sungai buloh. Kereta ini tak banyak kemek,akan tetapi keadaan cat 'clearcoat ' lama, telah mengelupas..jadi ,di sini kerja-kerja untuk buang clearcoat ini sedikit mengambil masa.kena gosok elok-elok..kalau tak nanti akan naik semula.

Proses menggosok simen..nak di jadikan critera.spoiler belakang telah di layangkan cat 'spray can'..sedikit masaelah..sikit je..untuk kami buangkan lapisan cat tersebut sebelum melayangkan cat primer.

 Waktu ni dah hampir nak siap..Bro jamil sedang melakukan pemasangan barang..adjust bumper depan..cun cun.


Haaaa..inilah proses polish..visor pun di polish..
 Dah siap..sesi fotografi la pulak untuk sang …