Langkau ke kandungan utama

Proton Wira Kak Ani/cat luar/welding

Salam semua..Artikel saya kali ni tentang proses cat kereta Wira/cat luar..wira ini datangnya dari Apartmen berdekatan bengkel azamaju,terima kasih saya ucapkan pada Kak Ani kerana sudi ke bengkel ini.
Jika anda perasaan gambar di atas..keadaan kereta ini agak boleh tahan,cat pada bahagian bonet depan/belakang/bumbung mengelupas clearcoat termasuk cat/simen lama.sewaktu di hantar beginilah keadaan kereta tersebut..
Kat bawah ni,kesan simen pada bahagian atas /kiri fender belakang dah terkopek.
Anda boleh lihat sendiri keadaan kereta ini apabila di simen ..penuh simen..ok,xda hal..teruskan..

Sebahagian tempat dah di ratakan dengan simen halus/gambar sebelah setelah siap di gosok simen halus tersebut..penuh dengan simen..layannnn...

Siap cuci/keringkan..bungkus la pulak..gambar sebelah sewaktu telah siap di layangkan base coat/warna yang di kehendaki..16944

Proses mengecat dah pun siap..pelan-pelan buka paper../polish..setelah di jemur

Sedikit tambahan dari kak Ani..bahagian dalam bonet belakang kereta beliau karat/berlubang..di sebabkan ada bahagian yang bocor..siap di kimpal semula.




Keadaan setelah segalanya selesai...Terima kasih kami ucapkan pada Kak Ani..selamat memandu..

Ulasan

hafist berkata…
Salam bro,
kete sy pun ala2 mcm ni gak.
kalau nak spray blk dgn kaler asal iaitu kaler silver metallic, agak2 brapa ongkosnyer ek?
thanks.
joe@azamaju berkata…
wasalam bro Hafist,
untuk keadaan body seperti wira dalam gambar tu,teruk gak keadaanya,
di sini saya sekadar bagi anggaran harga sekitar RM1300-RM1500. untuk cat luar.metalik.
terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Anggaran harga/kos untuk pembaikan

*sila klik gambar untuk lebih jelas

Sekadar coretanAssalamualaikum semua,salam ceria dan sejahtera.....



Selalunya macam ni la,buat anda semua jika telefon untuk bertanyakan kos cat kereta bila saya cakap ini 'anggaran'....memang betul anggaran,bukan harga sebenar.Sebabnya:
Saya tak pasti keadaan sebenar kereta 'bos yang buat panggilan tadi' memang dia cakap kemek dan karat.Tapi saya hanya dapat bayangkan keadaan tu hanya dalam telefon..maklum la saya ni bukanya 'kasyaf' boleh nampak apa yang orang lain tak nampak...jadi saya pun hanya boleh agak-agak je la.Pada anda semua pelanggan yang budiman,jangan la salah faham atau ambil hati ataupun marah,mana la tau kan....
Kadang-kadang susah saya nak terangkan harga yang tepat dalam telefon.Lebih afdhal datang ke bengkel atau anda boleh hantar e-mel gambar keadaan kereta anda pada saya.Sekurang-kurangnya tak terjadi salah faham.
Ada kes yang saya angagarkan tinggi 'dalam telefon' tapi bila tuan empunya bawa ker…

Tukar bumbung proton wira

Assalamualaikum semua yang sedang melawat ke blog ini sekarang.
Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada EN.Muhd Noorazmi dari Pinggiran Gombak di atas kesudian beliau berkunjung ke bengkel kami.
Kali ini saya kongsikan bersama anda tentang proses menukar bumbung Proton Wira,seperti semua rakyat malaysia sedia maklum tentang perkara ini (bumbung kereta karat) . Dalam hal ini sebilangn kita yang menghadapi masaalah ini mengambil pelbagai cara untuk membaiki keadaan bumbung yang telah berkarat seperti ini...



Ok,bumbung baru sudah tersedia,cermin depan belakang pun dah siap di buka.



Ermmm...apa yang anda lihat sekarang adalah pandangan dari bawah bumbung ,boleh tahan karatnya,keadaan setelah bumbung di buka...nampak...?


Nah...ini lah keadaan sekeping bumbung yang telah tamat tempoh.Buang yang lama ganti yang baru.Pilihan yang berbaloi untuk jangka masa panjang,ntah lah jika anda masih berfikir nak 'baiki' jugak andai bumbung kereta anda sebegini ????


Baru syok masuk bumbung baru.


Ak…

kancil red+gold pearl

Assalamualaikum semua..mlm ni ada mood rajin skit nak godek2 keybod.. Entri kali ni memaparkan kerja-kerja mengecat semula sebuah kereta ..ya,perodua Kancil..terima kasih Bro Hamdi dari Ampang,    Kami bergerak ke Ampang untuk mengambil kancil ini,..jumpa depan Ampang point..selesai sesi penerangan oleh tuan kereta..dan saya.terus gerak semula ke sungai buloh. Kereta ini tak banyak kemek,akan tetapi keadaan cat 'clearcoat ' lama, telah mengelupas..jadi ,di sini kerja-kerja untuk buang clearcoat ini sedikit mengambil masa.kena gosok elok-elok..kalau tak nanti akan naik semula.

Proses menggosok simen..nak di jadikan critera.spoiler belakang telah di layangkan cat 'spray can'..sedikit masaelah..sikit je..untuk kami buangkan lapisan cat tersebut sebelum melayangkan cat primer.

 Waktu ni dah hampir nak siap..Bro jamil sedang melakukan pemasangan barang..adjust bumper depan..cun cun.


Haaaa..inilah proses polish..visor pun di polish..
 Dah siap..sesi fotografi la pulak untuk sang …