Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2011

mengecat lori

satria alamanda putrajaya

Satria..wah...rakyat malaysia mana yang tak kenal kelibat kereta ini kan?..kereta sport (2 pintu) sesuai untuk bujang-bujang senang..yang tak bujang pun boleh guna ,apa salahnya kan..   bercerita tentang kereta satria untuk kali ini datangnya dari alamanda,putrajaya..sebenarnya sewaktu mengambil satria ini bukan setakat alamanda je...kami perlu juga ke banting atas permintaan tuan kereta untuk mengambil (body part) belakang mivec @ 1st bacth satria...tujuannya satu..untuk pembedahan kosmetik pada bahagian belakang satria beliau supaya nampak seperti  model tersebut.


 Jom kita tengok-tengok...


ini la barang yang kami ambil di banting..













perdana cat luar ferrari red

Proton Perdana..satu ketika dulu menjadi simbol sebagai sebuah kereta mewah untuk malaysia..(buatan malaysia) ...ermmm.  Kali ni kami perlu siapkan kerja-kerja *cat luar sebuah perdana..sebelum ni dah di cat,mungkin dah lama,sikit sebanyak ada bahagian yang rosak,pudar,terkopek dll..tuan kereta ore kelate...kawan2 jugak la..



 Proses mengecat sedang di lakukan ke atas perdana ini..
 Wah...dah ada warna..cepatnya  ?? oh tidak..anda semua jangan salah faham ..sebenarnya proses mengecat sesebuah kereta tidaklah sepantas anda melihat gambar di di blog ini..semua gambar2 yang ada di blog ini sekadar rujukan/panduan/perkongsian untuk anda semua tentang kerja-kerja kami di sini.masa yang di ambil untuk cat bahagian luar lebih kurang 7 hari,dan proses tukar warna lebih kurang 10-14 hari,dan jika keadaan baik selalunya proses tersebut tak sampai seperti jangkamasa di atas.harap maklum.ini kerana proses membuka barang,menyimen,pengeringan,cat asas,cat warna,cat jernih 2k,pengeringan,polish,wax,pe…

Myvi cat luar warna asal **hitam kristal 209